Oppo telah mengumumkan teknologi baharu pengecasan yang akan menambahbaik kemampuan sedia ada. Penambahbaikan paling utama ialah teknologi membolehkan kapasiti bateri hanya berkurangan 20% selepas ianya dicas sebanyak 1500 kitaran yang adalah 300% lebih baik berbanding teknologi terdahulu.

Ini dilakukan menggunakan cip kecerdasan buatan yang memantau sistem pengecasan sepanjang masa. Ia turut akan memberi amaran apabila mengesan anomali pada arus dan mematikannya untuk keselamatan. Litar yang digunakan pada peranti juga akan menggunakan bahan GaN yang sebelum ini hanya digunakan pada pengecas. Kerana ia memberikan rintangan voltan lebih rendah berbanding silikon, pengecasan yang lebih pantas dan tidak mengeluarkan haba yang tinggi dapat dihasilkan.
Sistem pengecasan 65W yang diperkenalkan sebelum ini juga 20% lebih pantas. Ia boleh mengecas bateri berkapasiti 4500 mAh dalam masa hanya 30 minit. Peranti pertama yang akan menggunakan teknologi baharu ini tidak pula diumumkan. Tetapi seperti biasa selain peranti Oppo, ia pastinya juga akan digunakan pada peranti Realme, Vivo dan OnePlus.