Apple Music Memperkenalkan Penstriman Nirhilang Dan Audio Spatial Secara Rasmi Untuk Android Secara Berperingkat

Diterbitkan pada July 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Music, aplikasi penstriman audio keluaran Apple menawarkan penstriman audio berkualiti tinggi tahap nirhilang (lossless) dan audio spatial yang menjanjikan pengalaman mendengar audio tiada tandingan sejak bulan Jun yang lalu untuk pemilik peranti-peranti Apple yang menggunakan fon telinga yang menyokong codec dan teknologi audio ini.

Pada masa yang sama, Apple Music juga dilihat hadir dengan ujian beta untuk sokongan teknologi penstriman audio tersebut untuk platform Android, dan terkini, Apple dilihat sedang menawarkan ciri-ciri tersebut secara berperingkat kepada platform peranti tersebut baru-baru ini.

Apple Music dilihat bukan sahaja menawarkan penstriman lagu dengan sokongan fail audio nirhilang, tetapi juga bergantung kepada kandungan audio, mereka juga menawarkan penstriman audio spatial melalui teknologi Dolby Atmos.

Apple dikatakan akan menawarkan penstriman nirhilang untuk katalog 7.5 juta lagu-lagu mereka, setelah menawarkannya secara terhad kepada beberapa album dan podcast pada bulan lepas.

Sama seperti untuk peranti Apple, pengguna Android yang menggunakan Apple Music akan memerlukan fon telinga atau fon kepala yang menyokong penstriman nirhilang seperti HiRes Audio dan Dolby Atmos untuk mengakses fungsi ini, yang mana jika mereka menggunakan fon telinga Apple, semua AirPod yang menggunakan cip H1 atau W1 akan boleh menyokong penstriman audio nirhilang ini secara automatik.

Sumber: AppleInsider

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami