Cari @ Amanz

Jika anda seorang pemilik konsol Sony PlayStation 5 yang mahukan lebih banyak kandungan kerana tidak banyak permainan video eksklusif yang tiba pada platform tersebut, pihak Sony PlayStation baru sahaja mengumumkan penawaran langganan perkhidmatan penstriman video Apple TV+ percuma selama enam bulan.

Menurut pos di PlayStation Blog, pemilik PlayStation 5 hanya perlu memuat-turun aplikasi Apple TV ke konsol tersebut, dan menggunakan Apple ID mereka untuk melog masuk kepada aplikasi tersebut, yang kemudiannya ia akan menawarkan anda langganan percuma enam bulan tersebut.

Tawaran ini dibuka bermula 22 Julai 2021 sehingga 22 Julai 2022 yang memberi mereka yang berminat untuk memiliki sebuah konsol PlayStation 5 masa yang mencukupi untuk mendapatkan promosi langganan ini, khususnya apabila konsol tersebut sukar untuk dibeli buat masa ini.

Promosi ini dilihat boleh diakses oleh pemilik PlayStation 5 di Malaysia juga, dan mereka yang berminat untuk mengetahui apakah kelebihan platform penstriman Apple TV+ dari segi penawaran kandungan dan sebagainya boleh menggunakan peluang ini untuk melihat sendiri siri-siri televisyen seperti For All Mankind, Ted Lasso, See dan sebagainya dalam resolusi 4K.

Sumber: PlayStation

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd