Cari @ Amanz

Sebelum ini timbul pelbagai isu mengenai kebenaran merakam video ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 di Malaysia. Ada yang menubuh wujud pilih kasih dengan artis dibenarkan merakam dengan bantuan pembantu untuk dimuat naik ke media sosial sedangkan golongan marhaen dihalang. Dengan isu suntikan dengan picagari kosong tular di media sosial, semua penerima vaksin kini dibenarkan melakukan rakaman video di Pusat Pemberian Vaksin.

PM Vaksin

Ini diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dalam sidang media beliau hari ini. Dengan adanya rakaman video, penerima akan mempunyai bukti mereka benar-benar menerima suntikan vaksin dan bukan sekadar picagari kosong. Jururawat juga perlu menunjukkan picagari berisi vaksin sebelum suntikan dan picagari kosong pasca suntikan bagi sebagai bukti kepada penerima.

Dengan dua langkah baharu isu, isu tiada vaksin diterima dan pilih kasih mengikut darjat diselesaikan secara serentak. Program imunisasi negara sedang berlangsung dengan rancak dengan semalam lebih 500,000 dos diberikan sehari yang merupakan jumlah tertinggi setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd