Twitch Kemaskini Harga Langganan Di Malaysia – Kini Berharga RM7.99 Sebulan
July 23, 2021
Web 2.0
Aman
Twitch, salah satu perkhidmatan penstriman permainan popular di dunia yang dimiliki oleh Amazon, kini telah mengumumkan harga langganan baharu mereka untuk sejumlah negara, termasuk di Malaysia.

Untuk pasaran tempatan, Twitch menawarkan langganan mereka pada harga RM7.99 sebulan – yang mana menawarkan penjimatan besar berbanding sebelum ini pada harga $4.99 yang membawa kepada tukaran sekitar RM20.99.
Melalui langganan Twitch ini, ia menawarkan akses kepada sejumlah emotes yang boleh digunakan pada Twitch, lencana langganan pada profil, dan juga beberapa ciri lain, termasuk sokongan bebas iklan sekiranya ditetapkan oleh sesorang Twitch Partner.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.