Cari @ Amanz

Poco F3 GT Kini Rasmi – Cip MediaTek Dimensity 1200, Skrin 120Hz Dan Butang Bahu Fizikal

Link Copied!

Poco F3 GT telah membuat kemunculan rasmi dalam sebuah acara pelancaran yang berlangsung di India, sebentar tadi. Jika diteliti dengan baik, telefon pintar ini sebenarnya mirip sebuah Redmi K40 Game Enhanced Edition dilancarkan pada penghujung bulan April yang lalu.

Poco F3 GT dilengkapi skrin 6.67-inci Turbo AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HDR10+ dan kadar segar semula 120Hz. Sebagai tambahan, skrin AMOLED yang digunakan ini turut dilengkapi sokongan warna 10-bit dengan 1.07 bilion warna.

Seterusnya, ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1200, memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB (UFS3.1) dan bateri 5,065mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 67W menerusi port USB-C. Kemudian, terdapat juga dua butang bahu fizikal dengan mekanisme pop-naik manual diletakkan pada sisi yang berguna untuk sesi bermain permua.

Spesifikasi kamera utama menggunakan sistem tri-kamera dengan tetapan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra sudut lebar) + 2-Megapixel (makro). Kemudian, ia diikuti pula dengan kamera swafoto sebesar 16-Megapixel. Turut dapat dilihat ialah sokongan lampu RGB dan LED Flash yang berbentuk petir.

Lain-lain spesifikasi termasuklah – pembesar suara stereo yang dioptimasikan oleh Dolby Atmos, sokongan Game Turbo, pelindungan IP53 dan sebagainya. Poco F3 GT boleh didapati dalam dua pilihan warna seperti Gunmetal Silver atau Predator Black. Di India, Poco F3 GT dijual pada harga INR26,999 (~RM1,531) (6GB/128GB), INR28,999 (~RM1645) (8GB/128GB) dan INR30,999 (~RM1758)(8GB/256GB).


Komen ()