Carian
Bagaimana Menonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 Secara Percuma?
July 23, 2021 Aman

Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung secara rasminya bermula esok, 24 Julai sehingga 8 Ogos 2021 kelak. Selari dengannya, semestinya ramai yang ingin menonton pelbagai acara yang dipertandingkan dan mengikuti perkembangan arena sukan antarabangsa.

Selari dengannya, kini pihak RTM menyediakan sebuah laman khas, membolehkan anda menonton dan menstrim pelbagai acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara percuma.

Anda boleh menonton ia secara percuma bermula hari ini dengan acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada pukul 6.45 petang, dan diikuti dengan pelbagai acara yang dipertandingkan bermula pagi esok.

RTM menyediakan lima saluran melalui web khas mereka bagi anda mengikuti acara yang disukai anda secara percuma.

Bagi anda yang berminat, boleh ke portal khas RTM, dan strim pelbagai kandungan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini secara percuma hari ini.

Komen