CEO Twitter Menyasarkan Bitcoin Mungkin Mainkan Sebahagian Peranan Masa Depan Twitter
Aman
Jack Dorsey, CEO Twitter sedia memberikan lebih perhatian kepada arena rantaian-blok, terutamanya Bitcoin akhir-akhir ini. Syarikat Square dibawah beliau sedia membangunkan sebuah bahagian khusus memfokuskan Bitcoin, dan terbaru beliau turut mengatakan Bitcoin bakal memainkan peranan utama dalam masa depan Twitter.

Beliau mengatakan, Bitcoin boleh diintegrasikan kepada beberapa penawaran Twitter, antaranya termasuk pada ciri seperti langganan, dan sebagainya – yang melibatkan transaksi kewangan.
Jack Dorsey melihat pelbagai perkara boleh dibangunkan diatas kriptowang utama berkenaan, apatah lagi ia sering dilihat sebagai matawang alternatif di arena web.
Pada masa yang sama, Jack Dorsey menekankan yang mana bukan Twitter sahaja akan melihat kepada arena kriptowang ini, sebaliknya Facebook juga sedang membangunkan matawang mereka tersendiri berasaskan digital, dinamakan Diem.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.