Syarikat Induk Google Memperkenalkan Intrinsic – Memfokuskan Perisian Untuk Robotik

Diterbitkan pada July 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Alphabet, syarikat induk disebalik Google, kini telah mengumumkan penubuhan syarikat baharu, dinamakan sebagai Intrinsic.

Intrinsic akan memfokuskan kepada pembangunan perisian bagi digunakan dalam pembangunan robot. Ia akan memfokuskan kepada pembangunan perisian dan sokongan yang menjadikan arena robotik lebih mudah digunakan selain menjadikan kos untuknya murah melalui penawaran perisian khas.

Untuk makluman, sebelum ini, terdapat beberapa projek dibawah Alphabet mahupun Google yang membangunkan sejumlah teknologi memfokuskan robotik – termasuk berkaitan dron dan sebagainya. 

Malah, sebelum ini Boston Dynamics sendiri telah diambil-alih oleh Google – iaitu syarikat terkenal dalam pembangunan robot. Namun, Google telah menjualnya beberapa tahun lepas, dan kini syarikat berkenaan dimiliki oleh Hyundai.

Sebelum ini, ia turut pernah dilaporkan yang mana Google sedang melihat arena ini yang ingin turut mengintegrasikan ciri kecerdasan buatan dalam menjadikan pembangunan dan pembelajaran lebih mudah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami