Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Skrin Paparan Dilengkapi Cip A13

Diterbitkan pada July 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedia menawarkan Pro Display XDR sejak beberapa tahun lepas, dan terbaru kedengaran laporan baru, dilihat Apple mungkin hadir dengan pengganti untuknya tidak lama lagi.

Melalui 9to5Mac, kini ia dilaporkan yang mana Apple sedang membangunkan panel paparan baharu yang turut dilengkapi dengan sokongan cip Apple A13 dan juga sokongan Neural Engine.

Dengan integrasi ini, ia dijangka akan mempercepatkan beberapa tugasan, dan mungkin menghasilkan kualiti paparan lebih baik melaluinya. Integrasi kuasa tambahan ini juga akan membolehkan beberapa operasi diproses menggunakan kuasa pemprosesan pada panel paparan – dan tidak menggunakan kuasa komputer sepenuhnya.

Model yang sedang dibangunkan ini juga dikatakan mungkin menggantikan Pro Display XDR yang digunakan pada hari ini.

Buat masa ini, laporan awal mengatakan ia masih pada peringkat awal pembangunan. Ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkan kemaskini untuk panel paparan ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami