Cari @ Amanz

Dron telah digunakan oleh PDRM untuk memantau rapat umum awam, pematuhan SOP PKP dan pengawasan kejiranan ketika musim perayaan. Penggunaan dron akan kelak dikembangkan pula kepada pemantauan sempadan negara. Sebanyak 16 dron bernilai RM48 juga akan digunakan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM selepas pembelian diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Ia akan digunakan untuk pemantauan kawasan sempadan negara khususnya untuk yang tidak berpagar sepanjang 44.5 kilometer. Kawasan yang tidak berpagar ini kerap dijadikan jalan tikus bagi tujuan penyeludupan. Tugas pemantauan sempadan negara adalah berbahaya dengan telah berlaku insiden anggota penguatkuasa diserang oleh penyeludup tahun lalu.

Jenama dron yang akan digunakan tidak diumumkan tetapi boleh terbang sehingga empat jam. Ini memberikan petunjuk bahawa dron yang digunakan bukan berkuasa bateri dan menggunakan enjin konvensional yang ditawarkan khusus untuk kegunaan tentera dan penguatkuasa undang-undang.

Sumber Bernama

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd