Cari @ Amanz

Oppo dan Realme adalah antara pengeluar yang menghasilkan peranti dengan memori ditambah menggunakan ruang storan. Ciri ini menjadi popular dan akan turut diperkenalkan pada ZTE Axon 30. Pada peranti ini jumlah RAM boleh ditambah sehingga 8GB sekaligus membolehkan peranti mempunyai RAM sehingga 20GB.

Tamg

Seperti pada peranti Oppo dan Realme, ruang storan peranti akan diambil untuk digunakan sebagai RAM. Ciri ini walau bagaimanapun hanya akan digunakan oleh ZTE pada peranti yang dilengkapi storan UFS untuk memastikan prestasi yang pantas. Peranti eMMC tidak sesuai digunakan kerana ia akan hanya merendahkan prestasi.

Dengan ciri ini turut akan diperkenalkan oleh Xiaomi pada MIUI 13 kelak, ia mungkin akan menjadi ciri yang perlu pada peranti Android dalam masa terdekat walaupun sekadar gimik.

Sumber Gizchina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd