YouTube Telah Dimuat-Turun Lebih 10 Bilion Kali – Lebih Tinggi Berbanding Jumlah Manusia Di Bumi

Diterbitkan pada July 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

YouTube merupakan salah satu perkhidmatan video yang popular dan dimiliki oleh Google. Terbaru, aplikasi YouTube di Play Store mencatatkan angka muat-turun melangkaui 10 bilion – sekaligus menjadikannya sebagai aplikasi paling popular di dunia.

Menariknya, angka muat-turun ini melangkaui jumlah manusia di dunia ini sendiri yang sekitar 7 bilion lebih.

Ini adalah disebabkan oleh angka yang turut dicatatkan disebabkan pemasangan semula aplikasi, kemaskini aplikasi, penggunaan lebih satu peranti oleh seseorang pengguna dan sebagainya.

Google sebelum ini pernah berkongsi mengatakan terdapat 3 bilion peranti Android aktif di dunia pada hari ini. YouTube sendiri mengatakan mereka mempunyai lebih 2 bilion pengguna aktif setiap bulan, dan 70% adalah daripada peranti mudah-alih.

Angka muat-turun ini adalah di Play Store sahaja, dan jikalau digabungkan dengan angka muat-turun App Store, semestinya ia jauh lebih tinggi.

Muat-Turun Youtube di Android

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami