Carian
KKM Mula Berkongsi Data Berkaitan Covid-19 Di Malaysia Melalui GitHub
July 25, 2021 Aman

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah mula menawarkan data berkaitan pandemik Covid-19 dalam bentuk sumber terbuka menggunakan laman GitHub.

Data ini diterbitkan kepada umum, membolehkan orang ramai yang terlibat dalam bidang data sains dan dataraya untuk menggunakannya dalam kajian.

Data yang dikongsikan adalah dalam bentuk awanama, turut meliputi data seperti jumlah daftar masuk menggunakan MySejahtera, bilangan kluster HIDE yang dikenal-pasti, jumlah kes, dan sebagainya.

Langkah ini semestinya dinantikan ramai selepas ramai memohon data berkenaan ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka. Kita juga mungkin melihat lebih banyak data ditawarkan secara berperingkat selepas-selepas ini berkaitan pandemik yang memberikan kesan kepada ramai selama untuk tempoh sekitar lebih  setahun ini.

Komen