Cari @ Amanz

Kita sedia mempunyai beberapa rekod buruk, termasuk seperti kes seleweng dengan nilai terbesar melibatkan Menteri dan beberapa yang lain. Hari ini satu rekod buruk yang tidak diinginkan sesiapa dicatatkan di Malaysia – melibatkan pandemik Covid-19.

Hari ini Malaysia melepasi angka 1 juta kes kumulatif Covid-19 sejak wabak bermula dengan mencecah 1,013, 438 kes dicatatkan. Hari ini juga rekod kes baharu harian tertinggi juga dipecahkan dengan 17,045 kes dilaporkan. Dua rekod yang tidak akan dituntut oleh sesiapa ini merisaukan kerana kita telahpun berada di bawah penutupan penuh sejak 1 Jun 2021.

Ketika penutupan dimulakan 1 Jun lalu, Malaysia mencatatkan 7105 kes baharu. Adalah mengejutkan selepas hampir dua bulan jumlah tidak menurun sebaliknya meningkat 140% hari ini. Jelas ada kepincangan yang teruk dalam pelaksanaan penutupan penuh negara khusus di Selangor dan Kuala Lumpur yang masih jumlah kes harian tertinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd