MVNO atau nama penuhnya, Mobile Virtual Network Operator merupakan salah satu bentuk penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang beroperasi dengan menumpang rangkaian telekomunikasi utama. Dengan langkah ini, ia membolehkan penyedia MVNO menawarkan perkhidmatan talian telekomunikasi tanpa perlu memfokuskan kepada infrastruktur, sekaligus mengurangkan kos, dan menawarkan harga kompetitif kepada pengguna.
Melalui data terbaru yang dikeluarkan oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), pada tahun 2020 yang lepas, terdapat sekitar 19 syarikat telekomunikasi berasaskan MVNO.

Seperti ramai sedia maklum, antara yang popular dikalangannya adalah seperti Red One, TuneTalk dan juga XOX.
Menurut data SKMM, terdapat 6.22 juta pelanggan pada 2020 yang menggunakan rangkaian MVNO – memperlihatkan peningkatan berbanging 5.85 juta pelanggan pada 2019 yang lepoas.
Secara keseluruhan, MVNO mempunyai pegangan sekitar 14.2% pasaran langganan perkhidmatan mudah-alih. Terdapat 43.72 juta langganan perkhidmatan mudah-alih pada 2020 yang lepas.