Oppo dilihat memperluaskan lagi rangkaian telefon pintarnya di China menerusi pengenalan Oppo A93s 5G. Ia menampilkan reka bentuk dan spesifikasi yang sama dengan Oppo A93 5G yang dilancarkan sebelum ini. Cuma bezanya pada kali ini, Oppo A93s menggunakan cip MediaTek Dimensity 700.
Untuk spesifikasi khusus, Oppo A93s dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci LCD dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel) dan kadar segar semula 90Hz. Paparannya turut menyokong kemampuan memaparkan 100% gamut warna DCI-P3. Seterusnya, ia juga dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 5000mAh yang boleh dicas port sambungan USB Type-C.
Tetapan kamera terdiri dengan sensor 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (portrait). Sementara itu, kamera hadapan adalah sebesar 8-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari sisi, antaramuka ColorOS 11.1 berasaskan Android 11, bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.1 dan banyak lagi. Harga jualan untuk Oppo A93s 5G adalah CNY1,999 iaitu sekitar ~RM1,303 untuk seunit.
Sumber : Oppo China