Steam Deck Akan Hadir Dengan Mod 30FPS Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri

Diterbitkan pada July 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dua minggu lepas, Valve telah memperkenalkan konsol permainan terbaru mereka yang dinamakan Steam Deck, yang memperlihatkan komponen komputer gaming yang dimuatkan dalam sebuah konsol mudah-alih yang menyerupai Nintendo Switch.

Dikuasakan oleh SoC AMD, Steam Deck menggerakkan sistem operasi SteamOS yang secara ringkasnya hadir dengan antaramuka Steam yang membolehkan pengguna untuk membeli dan memainkan permainan-permainan komputer kegemaran mereka dari mana-mana sahaja.

Terkini, pihak Valve mengesahkan bahawa walaupun Steam Deck hadir dengan kemampuan untuk menggerakkan permainan pada resolusi 720p dengan tetapan yang tinggi, ia turut akan hadir dengan mod 30FPS yang akan membantu dalam memanjangkan jangka-hayat konsol tersebut apabila digunakan untuk memainkan permainan komputer kegemaran mereka.

Ini khususnya cukup berguna untuk mereka yang bermain permainan komputer yang tidak mempunyai grafik yang begitu canggih dan tidak memerlukan kadar bingkai yang tinggi untuk dimainkan dengan selesa.

Malah, Pierre-Lou Griffais, seorang pengaturcara di Valve mengatakan bahawa 30FPS ini merupakan prestasi lantai untuk Steam Deck, yang mana beliau mengatakan bahawa kebanyakan permainan yang diuji pada konsol ini memperlihatkan prestasi yang jauh lebih baik sekiranya jangka hayat bateri tidak dihiraukan.

Pra-tempah untuk Steam Deck ini telahpun dibuka untuk beberapa pasaran terpilih, dimana ia akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami