Cari @ Amanz

Peranti Motorola Edge 20 dan Edge 20 Pro akan dilancarkan di China pada 5 Ogos kelak menurut poster yang telah dikongsi oleh Motorola. Peranti ini dikhabarkan akan dilengkapi kamera utama sebesar 108MP dan pada poster ini dapat dilihat walaupun tidak berapa jelas.

Motorola Edge 20 ialah peranti kelas pertengahan yang dilengkapi Snapdragon 778G manakala Motorola Edge 20 Pro dilengkapi Snapdrahon 870 yang lebih berkuasa. Selain kamera utama bersensor besar, peranti turut dilengkapi sistem telefoto optikal dan lensa sudut ultra-lebar.

Maklumat lain yang didengari ialah pilihan RAM sehingga 12GB, storan sehingga 512GB, bateri sebesar 4000 mAh dan sistem operasi Android 11.

Sumber Gizmochina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd