Carian
iPhone Dengan Binaan Titanium Dijangka Hadir Pada 2022
July 26, 2021 Aman

Penganalisa JP Morgan Chase kini dilihat menyasarkan yang mana Apple mungkin akan memperkenalkan iPhone dengan binaan titanium buat pertama kalinya seawal tahun 2022 kelak.

Apple sering memperkenalkan iPhone pada pertengahan kedua setiap tahun, dan perkara ini dijangka diteruskan untuk tahun 2022 melalui pengenalan iPhone 14.

Apple Hitam

Penganalisa sama turut mengatakan iPhone 14 akan hadir dengan spesifikasi yang ditambah-baik, selain pilihan siri iPhone 14 Pro dengan binaan berasaskan titanium.

Penggunaan bingkai titanium dijangka menawarkan ketahanan sehingga 4 kali ganda lebih kuat berbanding penggunaan logam biasa, selain lebih ringan lagi.

Satu lagi kelebihan dijangka akan membolehkan Apple hadir dengan rekaan pilihan warna hitam kusam untuk iPhone melalui penggunaan titanium ini.

Model iPhone 14 yang lain pula dijangka menggunakan bingkai logam.

Komen