Cari @ Amanz

AOC Akan Menggunakan AGON Sebagai Jenama Aksesori Gaming Terbaru Mereka

Oleh Nazrin

Link Copied!

AOC ialah jenama pembuat paparan skrin komputer, manakala AGON pula ialah sub-jenama AOC yang membangunkan paparan khusus untuk golongan gamer. AOC baru-baru ini dilihat akan melanjutkan penjenamaan AGON untuk juga membangunkan aksesori-aksesori gaming tidak lama lagi.

Oleh kerana itu, AOC dilihat menjenamakan AGON semula sebagai AGON by AOC yang akan memperkenalkan bukan sahaja paparan gaming, tetapi juga aksesori-aksesori gaming seperti papan kekunci, tetikus, fon kepala dan sebagainya tidak lama lagi.

Mereka akan membangunkan aksesori untuk pelbagai genre permainan juga, termasuklah permainan perlumbaan, penembak, MMORPG dan sebagainya.

AOC mengatakan bahawa mereka akan memfokuskan AGON by AOC ini untuk segenap lapisan gamer, termasuklah mereka yang berkecimpung dalam arena e-sukan, ataupun mereka yang bermain permainan komputer sebagai hobi sahaja.

AOC juga mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sejumlah aksesori permainan baru dengan jenama AGON by AOC ini pada 27 Julai kelak.


Komen ()