Redmi K50 Dijangka Hadir Dengan Snapdragon 895 Dan Pengecasan 67W

Diterbitkan pada July 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi sedia memperkenalkan beberapa peranti mercu sebelum ini. Terbaru, hadir desas-desus baru berkenaan dengan telefon pintar mercu akan datang Redmi, diperkatakan Redmi K50.

Mengikut desas-desus yang hadir dari China, ia diperkatakan Redmi K50 bakal dilengkapi cip pemprosesan terbaru Qualcomm kelak, iaitu Snapdragon 895. Pada masa yang sama, telefon pintar ini juga dijangka akan dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

Melihat kepada penawaran Redmi sebelum ini, kita juga mungkin akan melihat ia ditawarkan pada harga kompetitif. Apa pun, untuk pasaran global, kita mungkin perlu nantikan variasi peranti ini dibawah jenama Poco.

Qualcomm sering memperkenalkan cip Snapdragon baru pada awal Disember, maka kita mungkin akan melihat peranti menggunakannya sekitar Disember atau Januari kelak.

Selain Redmi, Xiaomi sendiri dilihat sebelum ini bakal bersaing untuk menjadi terawal dalam memperkenalkan peranti yang dilengkapi cip mercu terbaru Snapdragon.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami