Cari @ Amanz

China Mengharamkan Kanak-Kanak Bawah 16 Daripada Penstriman Langsung Dan Kandungan Video Atas-Talian

Oleh Aman

Link Copied!

China kini telah mengeluarkan arahan baharu, yang mengharamkan mereka berumur bawah 16 tahun untuk sertai dalam video atas-talian dan juga sebarang platform video.

Dengan langkah ini, pelbagai platform digital turut perlu memastikan untuk kandungan melibatkan mereka tidak ditawarkan melalui platform amsing-masing.

Langkah ini diambil oleh China sebagai respon kepada gambar kanak-kanak berbentuk tidak senonoh yang hadir ke platform digital.

China pada bulan ini dilihat telah mula mengambil berat berkaitan arena digital, dan mula menekankan implementasi sejumlah perkara yang melibatkan keselamatan siber da kewangan digital.


Komen ()