Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini dilaporkan sedang memerhati dan menilai platform penghantaran makanan – sama ada mereka melanggar akta persaingan, termasuk melibatkan kajian terperinci berkenaan caj-caj berkaitan dengan platform berkenaan.
Komen ini hadir selari dengan sejumlah aduan yang hadir secara atas-talian yang melibatkan beberapa platform penghantaran makanan.

Antara komen yang kita dengar kebelakangan ini adalah termasuk yuran komisyen yang tinggi, selain harga makanan pada platform berkenaa yang tinggi.
MyCC mengatakan mereka telah bertemu dengan sejumlah pihak yang terlibat dalam arena ini, termasuk pemain industri makanan dalam lebih memahami masalah yang dihadapi.
MyCC mengatakan mereka akan melihat daripada pelbagai sudut dan perspektif – melibatkan platform penghantaran makanan terhadap pemain industri, penghantar makanan, dan juga pengguna.
Pada masa yang sama, KPDNHEP turut memberi jaminan setiap isu akan diperhalusi dan ini mengambil sedikit masa untuk mendapat penyelesaian terbaik