Intel Akan Mula Mengeluarkan Cip Untuk Qualcomm

Diterbitkan pada July 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel kini mengatakan mereka turut memperluaskan perniagaan mereka dan mengeluarkan cip untuk pengeluar lain – seperti TSMC dan juga Samsung.

Untuk permulaan ini, Intel mengatakan mereka akan mula mengeluarkan cip untuk Qualcomm. Selain Qualcomm, Amazon juga akan menjadi salah satu pelanggan untuk perniagaan baharu Intel ini.

Intel Malay

Intel menyasarkan untuk menerajui kembali arena pengeluaran cip menjelang 2025.

Qualcomm yang pada hari ini mendominasi pasaran peranti mudah-alih, dijangka akan menggunakan teknologi pengeluaran Intel 20A, yang akan mengurangkan tenaga digunakan pada sesuatu cip hasil penggunaan teknologi transistor baharu.

Sementara cip untuk Amazon pula akan lebih memfokuskan kepada cip melibatkan pelayan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami