Cari @ Amanz

Realme Malaysia Mengacah Pengenalan Peranti Baharu Tidak Lama Lagi

Link Copied!

Agak lama juga tidak mendengar perkembangan produk baru daripada Realme Malaysia. Sesekali dapat dilihat mereka begitu sibuk mempromosi produk-produk sedia ada bersama promosi harga rendah. Bagaimanapun, perkongsian terbaru Realme di Facebook telah menarik perhatian ramai pihak termasuk kami – di mana, mereka dalam perancangan untuk pengenalan produk baharu tidak lama lagi.

Realme telah memuat-naik satu imej yang memaparkan gambaran sebuah telefon pintar bersama sokongan pengecasan pantas. Buat masa ini, tiada sebarang butiran lanjut yang dikongsi, tetapi hanya terdapat kapsyen yang bertulis “COMING IN A FLASH”. Walaubagaimanapun jika dilihat dengan teliti, perkataan “MagDart” yang turut terdapat pada imej berkenaan barangkali ada kaitannya dengan pengecas nirwayar mereka yang pernah tular beberapa kali sebelum ini.

Kemudian, baru-baru ini juga munculnya sebuah peranti yang menggunakan nama Realme Flash menerusi perkongsian laman GSMArena. Namun, adakah ianya adalah peranti yang sama? Tambahan pula, Realme turut menggunakan tanda tagar #RealmeFlash pada entri berkenaan. Apakah perancangan Realme? Perkara ini lantas menimbulkan tanda tanya dan persoalan.

Realme Flash

Dalam perkembangan berbeza, Ketua Pegawai Eksekutif Realme, Madhav Sheth dilihat turut sama berkongsi poster acah yang sama menerusi twitter rasminya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya berkaitan produk daripada Realme ini. Kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan diketahui dalam masa terdekat.

Sumber : Realme Malaysia


Komen ()