Cari @ Amanz

Cloudflare Memperkenalkan Project Pangea – Penawaran Teknologi Rangkaian Secara Percuma Untuk Pembangunan Internet Luar Bandar

Oleh Nazrin

Link Copied!

Tahukah anda bahawa walaupun pembangunan rangkaian internet global sedang berlaku dengan kadar yang sangat pesat, ia dianggarkan bahawa separuh daripada populasi dunia masih lagi belum mendapatkan akses kepada rangkaian internet.

Selain daripada tidak menerima akses kepada peranti, pembangunan rangkaian yang terhad juga adalah salah satu daripada alasan utama mengapa ramai daripada penduduk dunia, khususnya mereka yang duduk di kawasan luar bandar atau pedalaman yang mana ia agak sukar untuk syarikat-syarikat perkhidmatan internet untuk membangunkan rangkaian.

Untuk membantu mengurangkan kos pembangunan rangkaian ini, Cloudflare telah memperkenalkan Project Pangea, sebuah program yang menawarkan sejumlah teknologi rangkaian berskala besar yang boleh membantu untuk menawarkan rangkaian internet yang selamat digunakan untuk komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik ini.

Jika syarikat perkhidmat an internet boleh menyediakan infrastruktur rangkaian internet seperti pencawang dan rangkaian kabel, Cloudflare melalui Project Pangea menawarkan perkhidmatan yang bukan sahaja mengurangkan lengah dan sela-masa rangkaian, tetapi juga memastikan bahawa rangkaian-rangkaian ini selamat digunakan oleh orang ramai, disamping mengurangkan kos pembangunan rangkaian kepada komuniti-komuniti ini.

Melalui Project Pangea, Cloudflare akan menawarkan perkhidmatan rangkaian premium mereka secara percuma, termasuklah Cloudflare Network Interconnect, Magic Transit dan Magic Firewall kepada rangkaian komuniti yang menjanjikan sambungan rangkaian yang lebih pantas dan juga selamat.

Mengambil Malaysia sebagai contoh, terdapat banyak kawasan di kawasan luar bandar di Malaysia yang rata-ratanya menggunakan perkhidmatan internet satelit ataupun 4G yang dibangunkan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi kecil dan besar yang menyambungkan komuniti-komuniti ini. Perkhidmatan-perkhidmatan daripada Project Pangea boleh digunakan untuk memastikan bahawa rangkaian-rangkaian ini dijamin selamat dan stabil digunakan untuk pelbagai jenis pengguna, samada mereka yang bekerja ataupun belajar dari rumah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Project Pangea ini, anda boleh melayari laman web Cloudflare di pautan ini.


Komen ()