Carian
Selangor Accelerator Programme 2021 Buka Tirai – 30 Senarai Startup Terpilih Diumumkan
July 27, 2021 Amy Maizuraa

Selangor Accelerator Programme 2021 (SAP 2021) telah membuka tirainya secara rasmi pada hari ini. Majlis perasmian yang membabitkan pihak penganjur dan penaja utama iaitu AFFIN BANK serta para peserta program tersebut diadakan secara maya, yang turut dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat lain. Hadir sama dalam majlis hari ini adalah Exco Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yong Kai Ping dan Pengarah Eksekutif, Perbankan Perusahaan, Encik Lim Kee Yeong.

Memasuki tahun keempat penganjuran, berusaha membuka peluang kepada golongan usahawan tempatan mengasah bakat perniagaan masih menjadi fokus utama program berkenaan. Program yang diadakan secara maya selama tiga bulan ini akan berlangsung bermula esok sehingga 5 September 2021. Sebanyak 165 penyertaan daripada startup tempatan melibatkan pelbagai sektor telah diterima dan 30 peserta yang terpilih telah diumumkan.

Berikut adalah senarai penuh 30 peserta startup yang terpilih untuk SAP 2021 :

  • Arleta Tech Sdn Bhd
  • Boss Boleh Sdn Bhd
  • Bukit Bunga Dinamik Sdn Bhd
  • Deepagi Enterprise
  • Duittech International Sdn Bhd
  • EdaBeran Group Sdn Bhd
  • Emerging Payments Sdn Bhd
  • EMLAB Sdn Bhd
  • Geomax Rubber Innovative Products Sdn Bhd
  • GFI Fintech Sdn Bhd
  • Glyde Sdn Bhd
  • Golink Sdn Bhd
  • Inonity Sdn Bhd
  • Irritec Sdn Bhd
  • IX Ventura Tech Sdn Bhd
  • Kewdoo Sdn Bhd
  • LandMiles Mobile Sdn Bhd
  • Leapmove Technology Sdn Bhd
  • Mrseasy Online Sdn Bhd
  • My Protech Sdn Bhd
  • NexMind AI Sdn Bhd
  • Open Kloud Sdn Bhd
  • Prehireforms
  • Renewcell (M) Sdn Bhd
  • SecurePay Sdn Bhd
  • Tapkad Sdn Bhd
  • Twentyfif Sdn Bhd
  • Umorie Graphene Technologies Sdn Bhd
  • Vessel Pro Sdn Bhd
  • Xhinobi Studio

Daripada jumlah berkenaan, kesemua peserta startup terpilih mempunyai latar belakang perniagaan yang berbeza seperti – perbankan (Fintech), e-dagang (e-Commerce), perbandaran pintar (Smart City), teknologi pertanian (Agritech, teknologi hijau (Greentech) dan teknologi dalam dunia pendidikan (Edutech). Ia adalah selaras dengan tumpuan sektor utama program tahun ini.

Kesemua 30 peserta startup ini bakal berentap merebut peluang menduduki 10 tangga teratas. Ini bagi membolehkan mereka melayakkan diri ke acara kemuncak, Demo Day yang bakal berlangsung pada 11 September kelak. Pelbagai hadiah menarik yang disediakan pihak penganjur buat para pemenang yang merangkumi sokongan kewangan dalam bentuk kredit awan, bantuan teknikal dalam bentuk latihan, dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, pihak penganjur turut menawarkan hadiah utama berupa wang tunai berjumlah sehingga RM50,000 untuk dimenangi oleh mana-mana lima (5) finalis terbaik yang berjaya mempersembahkan produk dengan idea kreatif kepada para juri pada acara berkenaan. Sekalung tahniah diucapkan buat kesemua para peserta yang terpilih!

Komen