Diam tak diam bulan pertama suku tahun ketiga akan tamat tak lama lagi dan bulan Ogos bakal menjengah tiba. Meneruskan kegarangan HUAWEI di pasaran Malaysia, mereka hadir lagi dengan tawaran produktiviti terkini iaitu HUAWEI MatePad 11 dan HUAWEI MateBook D15.
HUAWEI MatePad 11 – Tablet Berkuasa Tinggi Dengan Paparan 120Hz

Buat pertama kalinya dalam siri HUAWEI MatePad, MatePad 11 ini membawakan paparan dengan kadar segar semula 120 Hz yang memberikan pengalaman memainkan permainan, video, melayari internet dengan lebih laju dan lancar. Paparan bersaiz 10.95-inci HUAWEI FullView Display ini juga mempunyai 86% nisbah skrin-ke-badan, warna gamut berprofil DCI-P3 memberikan warna yang konsisten sesuai untuk semua jenis visual.
Bagi menjamin produktiviti anda tidak terhenti, paparan ini juga dilengkapi dengan piawaian Double TÜV Rheinland untuk Low Blue Light dan Flicker-Free yang mengurangkan cahaya biru yang merengsakan mata, dan juga bebas dari sebarang kerlipan yang boleh membuatkan mata berasa letih apabila menggunakan peranti untuk jangkamasa panjang.
Dilengkapi HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua
Telah menjadi kebiasaan bagi siri-siri MatePad untuk dilengkapi dengan HUAWEI M-Pencil dan untuk MatePad 11 ini ia menyertakan M-Pencil Generasi kedua yang mempunyai 4096 titik sensitiviti tekanan dan sensitiviti kecondongan. Dengan sela masa yang sangat rendah selama 2ms, ia membuatkan pengkarya bakal menghargai tulisan dan lakaran yang lancar bagaikan melakar diatas kertas.

Bagi anda yang baru mengenali HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua, ia turut menyokong ketikan dua kali bagi menukar peralatan. Seperti contoh sekiranya anda sedang melukis, anda hanya perlu mengetik dua kali pada M-Pencil ini bagi menghidupkan pemadam. Lebih memudahkan adalah HUAWEI FreeScript yang membolehkan anda menulis di ruangan input, dan akses pantas dalam mengawalnya seperti melukis garisan berombak untuk membuang teks yang telah dilakarkan, atau menggariskan menegak untuk menambah atau membuang ruang diantara huruf.
Seperkara lagi mengenai M-Pencil Generasi Kedua adalah proses untuk melakar bentuk dan juga jadual adalah sangat mudah. Hanya lukis sahaja bentuknya, lakaran tersebut akan terpapar mengikut kehendak anda.

Bateri Beroperasi Sepanjang Hari
Tiada siapa yang ingin peranti mudah alih dengan bateri yang tidak tahan lama. HUAWEI MatePad 11 ini yang dikuasakan dengan pengoptimasian tenaga HarmonyOS mampu menawarkan waktu operasi sehingga 12 jam berterusan baik untuk melakukan kerja mahupun sekiranya anda menonton video 1080p sebelum perlu dicaj semula. Untuk tempoh yang panjang ini, anda juga boleh bersedia untuk dunia kerjaya moden yang menghendaki anda berada dimana sahaja, tanpa perlu risau akan kehabisan tenaga.
Kualiti Audio Dengan Talaan Harman Kardon
Melengkapi tablet HUAWEI MatePad 11 yang menyasarkan golongan produktif, adalah kualiti audio yang perlu menyamai dan melengkapi penggunaan ini. Dengan perisian dikemaskini Histen 7.0 audio yang menyeluruh dan ‘bass’ yang dalam dan berkualiti tinggi dijana dari empat pembesar suara quad-channel large amplitude. Tidak cukup sekadar itu, pembesar suara yang ditala oleh Harman Kardon ini turut menyokong algoritma yang menambah ruang lingkup bunyi, membolehkan audio mencakupi segenap ruang.

Selain dari empat pembesar suara, tablet ini juga mempunyai empat mikrofon dengan tiga daripadanya terletak di bahagian tepi dan juga salah satunya dibahagian kamera utama, yang membolehkan audio dirakam dengan jelas dan tepat dari semua arah. Malah mikrofon ini juga digunakan untuk mengurangkan bising dan gema, salah satu fungsi baharu pada HUAWEI MatePad 11. Klien anda tidak akan mendengar bunyi latarbelakang yang bising seperti bunyi orang berjalan, bunyi menaip, dan bunyi lain yang mengganggu sewaktu melakukan telesidang.
HUAWEI MateBook D15 – Cip Intel Berkuasa
Jika tablet tidak memenuhi gaya dan citarasa anda, HUAWEI turut melancarkan HUAWEI MateBook D15 yang hadir dengan pilihan cip Intel Generasi ke-10 dan ke-11 dengan empat-teras, lapan thread CPU memberikan kekuasaan bagi menjalankan multi-tugasan, dengan cip grafik terintegrasi Intel Iris Xe. Kedua-dua ciri-ciri ini semestinya memenuhi keperluan mereka yang meletakkan prestasi sebagai faktor utama.

Dan dengan prestasi tinggi datangnya haba, namun MateBook D15 ini dilengkapi sistem penyejukan HUAWEI Shark Fin Fan dengan dua tiub saluran yang akan menghilangkan haba peranti dengan sangat efektif.
Rekaan Menawan Keunggulan
Sejajar dengan peredaran gerak kerja masa kini, HUAWEI MateBook D15 ini juga hadir dengan rekaan yang kompak memudahkan ia dibawa kemana sahaja. Berat laptop ini hanyalah 1.56kg dengan kenipisan 16.9mm pastinya anda boleh bekerja dimana sahaja anda berada.

Walaupun hadir dengan rekaan aloi aluminium yang nipis, ia masih mempunyai sokongan sambungan untuk peranti yang pelbagai, seperti jek audio dan mikrofon, 1 USB-C, 1 HDMI, 2 USB 2.0, 1 USB 3.1 Gen 1 yang pasti mencukupi untuk segenap lapisan pengguna.
Kualiti Pengalaman Audio & Video Yang Terhebat
Kesemua peranti MateBook mempunyai paparan HUAWEI FullView Display dan ia tidak terkecuali pada HUAWEI MateBook D15. Hadir dengan bezel tipis 5.3mm, ia mengekalkan paparan dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 87%, membolehkan lebih besar paparan dapat dimuatkan.

Paparan IPS tanpa kilau ini hadir pada saiz 15.6-inci HD penuh 1920×1080, dengan nisbah 16:9 yang boleh memberikan pengalaman sinematik baik anda ingin menonton video atau menyuntingnya.
Dan satu lagi perkara yang menjadi kebiasaan HUAWEI adalah piawaian TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker Free yang mengurangkan cahaya biru yang merengsakan mata, dan juga mengurangkan kerlipan. Pengguna dijamin boleh menggunakan laptop ini berterusan seharian.
Berdua Lebih Baik – Kolaborasi Tablet-PC
Kenapa beli salah satu jika anda boleh memiliki keduanya? Apabila anda mempunyai kedua-dua HUAWEI MatePad 11 dan MateBook D15, anda boleh melakukan multi-tugasan secara serentak pada kedua-dua peranti menerusi tiga mod khusus untuknya.
Mirror Mode – Sekiranya anda biasa menggunakan projektor, Mirror Mode membolehkan anda menjadikan peranti yang lain sebagai paparan untuk pengguna lain. Seperti contoh sekiranya anda sedang mendemonstrasikan bakat lukisan anda, anda boleh menggunakan MatePad 11 sementara klien melihatnya menggunakan MateBook D15. Atau jika anda sedang melancarkan aplikasi lukisan pada MateBook D15, gunakan sahaja MatePad 11 sebagai tablet lakaran yang besar, sebesar imaginasi anda untuk berkarya.

Extend Mode – Anda mungkin menggemari mod kerja dirumah dengan paparan yang pelbagai. HUAWEI MatePad 11 boleh juga digunakan sebagai paparan kedua bagi anda memaparkan lebih banyak tugasan. Apa yang lebih baik mengenai tablet ini berbanding skrin biasa adalah – skrin biasa tidak berguna diusung kemana-mana namun MatePad 11 boleh berfungsi dimana sahaja anda berada.

Collaborate Mode – Mod terakhir yang sangat menyenangkan dan menguntungkan adalah pemindahan fail diantara kedua-dua peranti ini adalah sangat mudah dan tidak memerlukan sebarang kabel atau aplikasi. Berkat sistem HarmonyOS, pengguna boleh ‘menyeretkan’ fail, dokumen, gambar, video, audio dan melakukan tugasan seperti Cut Copy & Paste antara kedua peranti ini. Mudah, tanpa sebarang masalah.
Kedua-dua peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 5 Ogos 2021. Bagi HUAWEI MatePad 11, ia hadir pada dua variasi iaitu 128GB dijual pada harga RM 1,999 dan 256GB pada harga RM 2,399. Jika anda melakukan pra-tempahan sekarang, anda akan menerima hadiah bernilai RM 1,207 yang mengandungi HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, M-Pencil Generasi Kedua, langganan 1 bulan 50GB HUAWEI Cloud Storage, langganan 1 bulan HUAWEI Video VIP, 3 bulan HUAWEI Music Premium, dan juga 1USD HUAWEI Books R-Voucher.

Untuk HUAWEI MateBook D15, ia hadir pada dua variasi iaitu cip Intel Core i5 Generasi ke-10 pada harga RM 2,999 dan cip Intel Core i5 Generasi ke-11 pada harga RM 3,699. Pra-tempahan sekarang akan memberikan anda hadiah bernilai RM 667 iaitu beg galas, tetikus Bluetooth dan juga langganan setahun Microsoft 365.
Anda juga boleh melakukan pra-tempah untuk HUAWEI MateBook D14 dan MateBook 14 dari sekarang sehingga 8 Ogos 2021 pada harga khas pra-tempah RM 2,299 untuk MateBook D14 dengan hadiah bernilai RM 398, dan harga khas pra-tempah RM 3,899 untuk MateBook 14 dengan hadiah bernilai RM 667.

Kesemua peranti ini boleh anda beli dan juga pra-tempah menerusi kedai atas talian HUAWEI, Shopee dan juga Lazada. Promosi yang tertera terhad sementara stok masih ada.
Beli: HUAWEI MatePad 11
Beli: HUAWEI MateBook D15
Beli: HUAWEI MateBook D14
Beli: HUAWEI MateBook 14
Lawati: Kedai Rasmi HUAWEI Malaysia
Penafian: Advertorial Dari HUAWEI Malaysia