MediaTek hari ini secara mengejut mengumumkan cip baharu mereka MediaTek Kompanio 1300T yang dihasilkan menggunakan teknologi 6nm TSMC. Kompanio ialah siri cip pemproses yang dibangunkan khusus untuk tablet Android premium dan komputer riba ARM.

Ia bolehlah dilihat sebagai sebuah MediaTek Dimensity 1200 yang ditambah baik. Empat teras Cortex-A78 prestasi tinggi dipadankan dengan empat lagi teras Cortex-A55 kuasa rendah untuk penjimatan kuasa serta GPU Mali G-77 MC9. Cip turut menyokong skrin pada resolusi tinggi 2.5K dengan kadar segar semula 120Hz dan rangkaian 5G Sub 6 GHz.
Sokongan kamera pula adalah sehingga 108MP dan rakaman video sehingga 4K 60FPS lengkap dengan HDR. Bagi memastikan permua dapat dijalankan dengan lancar, teknologi MediaTek HyperEngine 3.0 disertakan sekali. Cip akan mula digunakan pada suku ketiga 2021 dengan tablet Honor V7 dipercayai yang pertama akan menggunakannya.