Android 13 “T” Dilihat Menggunakan Nama Kod Dalaman “Tiramisu”
July 27, 2021
Google
Sumber Terbuka
Aman
Google sering menggunakan nama kod berasaskan manisan untuk nama Android, tetapi telah mengubahnya kepada hanya penggunaan angka sahaja sejak Android 10 yang lepas.
Apa pun, secara dalaman Google masih menggunakan nama kod untuk mengenal-pasti sesuatu versi.

Melalui pembangunan terbaru, ia dilihat nama versi dalaman untuk Android 13 telah ditetapkan kepada Tiramisu.
Untuk makluman, Tiramisu adalah pencuci mulut berperisa kopi, dan turut hadir dalam bentuk kek, manisan, ais krim dan sebagainya.
Walaupun ia dinamakan sebagai Tiramisu, namun, untuk pengguna awam, versi akan datang Android masih dikenali sebagai Android 13.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.