Cari @ Amanz

Bukan Sekadar Laptop, HUAWEI MateBook D14 Harga Mesra Poket & MateBook 14 Pelengkap Keperluan Semua

Link Copied!

Komputer riba, mungkin berbeza tumpuan pengguna apabila bercakap mengenainya. Namun begitu, ia sudah menjadi sebahagian daripada keperluan penting untuk hampir semua orang – baik pelajar, pekerja, majikan dan lain-lain. Ini kerana, ianya sangat berguna dan memudahkan urusan harian ramai pihak. Tambahan pula dengan keadaan Covid-19 sekarang ini, norma baharu telah memaksa ramai orang untuk bekerja dan belajar dari rumah – sekaligus amat bergantung kepada gajet yang baik.

Komputer riba dengan prestasi mengujakan, binaan premium yang ringan dan harga mesra poket, pastinya akan membuatkan pengalaman penggunaan itu lebih menarik. Adakah ini yang anda cari? Jika ya, kemungkinan anda sedang membaca artikel yang sepatutnya. Tanpa perlu pening kepala, sebenarnya anda boleh mendapatkan kesemua ciri ini pada HUAWEI MateBook D14 & MateBook 14.

Sebelum pergi lebih jauh, suka untuk kami berkongsi asasnya dahulu. HUAWEI MateBook 14 dan HUAWEI MateBook D14 merupakan rangkaian komputer riba terkini yang serba serbi cukup fungsinya, malah menepati pelbagai keperluan secara umum – baik untuk berhibur, belajar atau bekerja.

HUAWEI MateBook 14 dilengkapi dengan Inte serta simpanan jenis SSD yang berkapasiti besar. Sementara itu, HUAWEI MateBook D14 pula mempunyai cip daripada AMD iaitu AMD Ryzen 5 4600H. Anda mahukan lebih sebab lain mengapa harus memilikinya? Teruskan membaca dan ada pelbagai promosi menarik menanti anda di penghujung artikel!


Sebab 1: Kandungan Pelbagai Dalam Satu Skrin.

Rasanya semua orang tahu, salah satu aspek penting yang dititik-beratkan oleh kebanyakan pengguna ketika mahu membeli komputer riba baru adalah paparan skrin. Bukan semua orang berkongsi minat yang sama. Ada yang sukakan skrin besar sebab mahukan lebih kepuasan. Ada juga yang sukakan skrin kecil kerana lebih mudah untuk dikendali, kompak dan menjimatkan ruang.

Tetapi dengan HUAWEI MateBook D14 & MateBook 14, anda pastinya tidak akan pening kepala untuk memilih saiz yang mana sesuai. Sebabnya, kedua-dua komputer riba ini mempunyai saiz yang seimbang – tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil. Boleh dikatakan, mampu memberikan ruang yang cukup untuk beberapa penggunaan yang rawak.

HUAWEI MateBook D14 didatangkan dengan skrin bersaiz 14-inci IPS bersama resolusi FHD (1920 x 1080 piksel) dan nisbah aspek 16:9 yang menjadi trend kebanyakkan komputer riba di pasaran. Menariknya lagi, ia juga mempunyai reka bentuk yang hampir tiada bingkai dengan sokongan bezel yang nipis berukuran 4.8mm pada bahagian sisi dan atasnya. Ia membolehkan HUAWEI MateBook D14 menawarkan nisbah skrin-ke-badan mencapai 84% Sekaligus, anda pastinya mempunyai lebih ruang untuk melakukan tugasan dan menikmati kandungan media tanpa gangguan.

Ini bermakna anda boleh membaca dan melihat lebih banyak isi kandungan dalam satu skrin tanpa kerja menatal yang mengganggu. Jadinya, anda boleh kekal fokus lebih lama terutamanya ketika melibatkan mana-mana artikel yang panjang.

Manakala, HUAWEI MateBook 14 dilengkapi saiz skrin yang sama tetapi kelebihan terletak pada sokongan resolusinya yang menyokong definisi tinggi 2K dan nisbah skrin-ke-badan lebih luas mencapai 90%. HUAWEI mendakwa, ia merupakan antara komputer riba dengan nisbah skrin-ke-badan tertinggi di pasaran. Di sini, sudah pastinya pengalaman tontonan lebih mendalam bersama keperincian, kecerahan dan warna yang tepat dapat dinikmati.

Paparannya juga disertakan fungsi skrin sesentuh sebagai bonus tambahan yang memberi lebih kemudahan kepada pengguna. Makanya, ciri-ciri inovatif seperti sokongan Three-Finger Screenshot untuk tangkapan skrin dan Multi-screen Collaboration dapat dilakukan dengan mudah serta efektif. Bagi mereka yang mahu tahu apakah itu fungsi Multi-screen Collaboration? Ia merupakan fungsi yang memudahkan proses pemindahan fail atau aplikasi secara drag & drop merentasi pelbagai produk – seperti komputer riba, pc, tablet dan telefon pintar yang dilengkapi fungsi NFC. Dengan hanya sentuh pada skrin, kemudian anda boleh drag & drop mana-mana dokumen terus ke produk lain yang disambungkan. Mudah bukan?


Sebab 2: Keselesaan Berpanjangan.

Tidak dinafikan, ramai di antara kita kerap menghabiskan tempoh masa yang panjang menghadap komputer – terutamanya bagi mereka yang berkerja terkait dengan dateline atau pelajar yang perlu mengejar tarikh akhir tugasan. Sudah pastinya mereka perlu fokus dan berusaha sebaik mungkin untuk beri yang terbaik. Boleh dikatakan, mereka tidak akan lari daripada komputer dan menghadapnya untuk tempoh masa yang lama. Keadaan ini sebenarnya akan memberi kesan yang tidak baik terutama kepada penglihatan mata. Misalnya, mata menjadi kering, kabur penglihatan dan lain-lain isu yang berkaitan.

Tetapi, dengan adanya HUAWEI MateBook 14, kini anda tidak perlu risau lagi. Sebabnya, paparan HUAWEI MateBook 14 telah diperakui persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland bagi melindungi mata daripada cahaya biru. Jadinya, anda akan kekal selesa dan mata tidak mudah berasa letih untuk penggunaan yang lama – sekaligus membolehkan segala tugasan dapat diselesaikan dengan baik.

Bercakap mengenai keselesaan, ia juga berkait rapat dengan binaan fizikal. Sekarang bukan masanya untuk membawa komputer riba yang berat dan besar. Rata-rata pengguna pada masa kini lebih suka memilih komputer riba yang kompak, ringan dan nipis untuk memudahkannya dibawa kemana-mana. Tidak usah pening kepala mencari lagi, kesemua ciri ini ada pada HUAWEI MateBook D14.

Dengan berat sekitar 1.38kg, ia menjadi salah satu komputer riba dengan saiz 14-inci yang ringan di pasaran kini. Bawa kemana-mana sahaja yang anda suka, timur selatan barat atau utara tanpa rasa terbeban. Pengalaman memegang juga pastinya menyeronokkan kerana ia sama sekali tidak membebankan. Mengendalinya dengan sebelah tangan juga langsung tiada masalah. Dalam pada itu, HUAWEI MateBook 14 juga tidak kurang hebatnya. Bahkan, ia juga boleh dikategorikan sebagai komputer riba yang seimbang dengan berat kurang daripada 1.5kg.

Ditambah pula dengan rekaan yang kemas dan segar pada kedua-dua komputer riba – ternyata menyuntik kelainan dalam keseluruhan rekaannya. Apa yang menarik, penggunaan badan aluminium yang digilap cantik menjadikannya lebih premium biarpun tampak minimalis.


Sebab 3: Memadai Untuk Tugasan Harian.

HUAWEI MateBook D14 memberikan penawaran yang menguntungkan nilai wang pengguna. Ia dikuasakan CPU Intel generasi kesepuluh dan grafik Intel UHD Graphics yang turut membantu dalam menguasai kerja harian atau menikmati hiburan tanpa masalah.

Bagaimana dengan HUAWEI MateBook 14? Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 5 4600H yang direka khusus untuk produktiviti berprestasi tinggi dan permua (permainan-mudah-alih) yang ringan. Hal ini selari dengan target rangkaian komputer riba ini sendiri yang lebih memberi manfaat kepada produktiviti harian. Kehadirannya juga bersesuaian dengan situasi sekarang ketika ramai orang yang digesa untuk bekerja dan belajar dari rumah untuk membendung penularan wabak.

Sekadar makluman, cip AMD Ryzen 5 4600H yang digabungkan dengan grafik AMD Radeon bersepadu yang membolehkan anda melakukan kerja dengan lebih mudah – ini termasuklah suntingan gambar, video dan lain-lain. Dalam pada itu, terdapat juga fungsi yang dikenali sebagai ‘Performance Mode’. Menurut HUAWEI, ia mampu memberikan kelebihan pengguna untuk menikmati pengalaman penggunaan ke satu tahap yang berbeza.


Sebab 4: Penggunaan Sepanjang Hari.

Mengecas komputer riba secara kerap dalam sehari pasti menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak. Bayar mahal, tapi menyusahkan? Tambahan pula kalau saiz pengecas adalah besar dan berat, pastinya akan menambahkan lagi beban. Dengan HUAWEI MateBook D14, masalah-masalah berkenaan pasti dapat dielakkan. Ia boleh disebabkan oleh sokongan kapasiti bateri besar yang mampu menawarkan jangka hayat bateri baik mencapai 10 jam lamanya.

Lebih menariknya, saiz pengecas juga adalah kecil jika dibandingkan dengan pengecas komputer riba biasa. Ia disebabkan ketiadaannya power brick yang besar. Ini secara tidak langsung dapat menjimatan ruang di dalam beg galas. Pada masa sama, turut bantu dalam mengurangkan masalah berat yang sering dihadapi daripada pengecas biasa. Tidak habis disitu, pengecas USB-C yang disediakan menyokong kuasa input sehinga 65W.


Sebab 5: Sekali Sentuh, Semua Berhubung.

Pernah tidak anda alami situasi di mana perlu menghantar fail dalam jangka masa pendek? Tetapi, masa itu jugalah segala kabel sambungan anda hilang, tercicir atau salah letak? Atau mungkin, masa yang diambil untuk pemindahan data adalah terlalu lama?

Huawei Share 3.0

Dengan adanya HUAWEI MateBook D14 & MateBook 14, Anda tidak perlu lagi bersusah payah seperti dahulu. Kedua-dua komputer riba ini menyokong fungsi sambungan pantas, HUAWEI Share yang mana membolehkan pelbagai peranti disambung secara nirwayar, cepat dan lancar. Hanya dengan satu sentuhan, segala perkongsian data dapat dilakukan. Menarik bukan? Ia menggunakan tiga pendekatan seperti:

  • Pertama adalah tap untuk menyambung – Di mana, fungsi NFC dan WiFi perlu diaktifkan. Kemudiannya, sentuh telefon pintar anda pada bahagian ‘HUAWEI Share’ di komputer riba. Seterusnya, ikut arahan pada skrin untuk berkongsi fail secara drag & drop yang mudah.
  • Kedua, carian peranti untuk dihubungkan – Aktifkan Wi-Fi & Bluetooth pada telefon pintar serta komputer riba. Kemudian, letakkan telefon pintar secara dekat pada komputer riba dan sambungan akan dibuat secara automatik.
  • Ketiga, imbas untuk membuat sambungan – Anda hanya perlu aktifkan Wi-Fi dan pastikan telefon pintar mempunyai sambungan internet terlebih dahulu. Kemudian, klik PC Manager > My Phone > Connect > Scan untuk menyambungkannya menggunakan kod QR.

Ini bermakna anda tidak perlu lagi bergantung dengan telefon pintar sepenuhnya. Untuk makluman, HUAWEI Share menyokong telefon pintar HUAWEI yang menjalankan EMUI 10.1 atau keatas dan HUAWEI MateBook yang menjalankan PC Manager 10.1 atau keatas. Melaluinya juga, pelbagai tugasan kini dapat diselesaikan dengan mudah – para pekerja akan menjadi lebih multitask dan pelajar pula tidak ada masalah menghantar tugasan mengikut tarikh ditetapkan.


Spesifikasi Ringkas HUAWEI MateBook D14

  • Windows 10 Home Edition (64-bit)
  • 14” IPS FHD (1920 x 1080)
  • CPU Intel generasi kesepuluh 
  • Intel UHD Graphics
  • 8GB DDR4
  • 256 GB NVMe PCIe SSD
  • Webcam 1MP 
  • USB-C x 1 / USB 3.0 (USB-A) x 1 / USB 2.0 (USB-A) x 1 / HDMI x 1
  • 15.9 mm (H) × 322.5 mm (W) × 214.8 mm / 1.38 kg
  • Bateri 56 Wh

Spesifikasi Ringkas HUAWEI MateBook 14 R5 2021

  • Windows 10 Home Edition (64-bit)
  • 14″ IPS 2K (2169 x 1440)
  • AMD Ryzen 5 4600H
  • AMD Radeon Graphics (integrated graphic MicroSD 512GB)
  • 8GB DDR4
  • 512 GB PCI-e
  • Webcam 720P HD
  • USB-C x / USB-A x 2 (USB 3.2 Gen1) / HDMI PORT
  • 307.5 mm (W) × 223.8 mm (D) × 15.9 mm / 1.49 kg
  • Bateri 56Wh

Secara ringkasnya, HUAWEI MateBook D14 adalah antara komputer riba yang serba boleh yang mampu membantu tugasan harian menjadi lebih baik,manakala HUAWEI MateBook 14-pula adalah komputer riba dengan pemprosesan baik yang membantu dalam menguasai kerja harian atau menikmati hiburan tanpa masalah.

Bagi yang berminat, kedua-duanya ditawarkan secara eksklusif menerusi kedai atas talian HUAWEI. Tambahan pula, hadiah percuma dan potongan harga menarik turut ditawarkan untuk mana-mana pra-tempahan awal.

Di mana, hadiah bernilai RM 398 dan potongan harga sebanyak RM400 diberikan untuk pembelian HUAWEI MateBook D14 semasa tempoh pra-tempah – sekaligus menjadikannya boleh dibeli pada RM2299 sahaja. Manakala, promosi pra-tempah bagi HUAWEI MateBook 14-pula adalah hadiah percuma bernilai RM667 serta diskaun sebanyak RM100 – sekaligus menjadikannya boleh dimiliki pada RM3899.

Promosi pra-tempah masa terhad sehingga 8 Ogos berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat. Jangan lupa rebut peluang keemasan ini! Dapatkan komputer riba idaman anda hari ini juga.


Beli Dari HUAWEI Online Store: HUAWEI MateBook D14/MateBook 14
Beli Dari Lazada : HUAWEI MateBook D14/MateBook 14
Beli Dari Shopee: HUAWEI MateBook D14/MateBook 14

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia


Komen ()