Sebuah lagi peranti dengan sokongan kamera di bawah skrin daripada ZTE diumumkan secara rasmi di China, sebentar tadi. Ianya dikenali sebagai ZTE Axon 30 5G dan dikatakan mampu menyajikan pengalaman penggunaan yang lebih berbanding generasi sebelumnya.

Untuk spesifikasi khusus, ZTE Axon 30 5G dilengkapi skrin bersaiz 6.92-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Di samping itu, paparannya juga menyokong ciri tambahan seperti kemampuan memaparkan 100% gamut warna DCI-P3. Kemudian, ia dipadankan juga dengan cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4,200mAh yang menyokong pengecasan 55W.

Sistem kuad-kamera di belakang terdiri dengan 64-Megapixel + 8-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel. Manakala, kamera swafoto pula sebesar 16-Megapixel yang diletakkan di bawah skrin. Lain-lain spesifikasi termasuklah – Bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, WIFI6, pengimbas cap jari pada skrin, NFC dan sebagainya.

Di China, ZTE Axon 30 5G dijual pada harga bermula RMB2198 (~RM1430) untuk versi 6GB/128GB. Manakala, Axon 30 5G dengan memori 8GB/128GB berharga RMB2498 (RM1,625) dan varian 8GB/256GB dijual pada RMB2798 (~RM1,821) Akhir sekali, Axon 30 5G (12GB/256GB) berharga RMB3098 (~RM2,016). Buat masa ini, belum ada sebarang informasi berkaitan pelancarannya untuk pasaran global.
Sumber : ZTE China