Carian
Instagram Akan Menetapkan Akaun Pengguna Berusia Bawah 16 Tahun Sebagai Peribadi
July 27, 2021 Aman

Dalam usaha memberikan lebih perlindungan dan mengelak daripada terjebak dengan gangguan dan buli siber, kini Instagram mengambil langkah untuk menjadikan akaun pengguna berusia bawah 16 tahun sebagai peribadi apabila didaftarkan secara automatik.

Ini bermakna, seseorang pengguna perlu mengikuti akaun peribadi berkenaan sebelum dapat melihat perkongsian pengguna berkaitan. Pada masa yang sama, pengguna berkaitan perlu mengesahkan pengikut berkenaan sama ada boleh mengikuti mereka atau sebaliknya.

Perkongsian kandungan daripada akaun peribadi juga akan dihadkan kepada hanya rakan-rakan yang dibenarkan sahaja.

Instagram turut mengatakan bagi pengguna remaja sedia ada yang menetapkan akaun sebagai umum, mereka akan mula menerima notifikasi berkenaan kelebihan akaun peribadi tidak lama lagi.

Walaupun ditetapkan secara lalai sebagai akaun peribadi, pengguna remaja berkenaan masih boleh mengubahnya kepada akaun umum.

Komen