Carian
(Ura-Ura) Tiada OnePlus 9T Pada Tahun Ini
July 27, 2021 Aman

OnePlus sedia dikenali ramai dengan pengenalan dua peranti mercu setiap tahun. Dengan pengenalan OnePlus 9 sebelum ini, semestinya ramai peminat OnePlus yang menantikan pengenalan OnePlus 9T dalam beberapa bulan lagi.

Namun, mengikut desas-desus terbaru, ia dilihat OnePlus mungkin tidak memperkenalkan siri OnePlus 9T. Selain model 9T biasa, ia diperkatakan tiada model 9T Pro juga dirancang buat masa ini.

Ia tidak diketahui sama ada langkah ini adalah disebabkan penyusunan strategi semula dibawah Oppo – atau disebabkan oleh kekangan semikonduktor, atau sebarang sebab lain.

Atau mungkinkah OnePlus hadir dengan penjenamaan atau keluarga model lain untuk menggantikan siri mercu kedua tahunan mereka?

Komen