Cari @ Amanz

Google Keep adalah antara aplikasi nota terbaik yang boleh digunakan oleh semua orang. Ia merupakan sebuah aplikasi pengambilan nota yang ringkas dan padat dengan ciri dan fungsi berguna. Lebih menarik, Google Keep boleh diakses secara rentas peranti dengan mudah sama ada melalui aplikasi Android, aplikasi iOS, web atau juga aplikasi web.

Selama ini, untuk menyusun nota-nota anda hanya boleh meletakkan label atau memilih warna latar belakang nota. Terkini, Google menceriakan lagi Google Keep dengan menambah kemampuan mengubah imej latar belakang pula. Walau bagaimanapun, ia terhad kepada sembilan pilihan yang ditawarkan dan tidak boleh menggunakan imej tersendiri.

Imej dari fail anda hanya boleh dijadikan sebagai kepilan sahaja seperti sebelum ini. Ciri ini dilihat ditawarkan pada Google Keep versi 5.21.281.07 yang sudah boleh dimuat turun di Play Store. Jika anda memilih untuk memasang secara manual, ia mungkin akan mengambil masa sedikit untuk ciri ini muncul.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd