Aston Martin Bakal Hadir Dengan Kereta Edisi Terhad Bertemakan JDT

Diterbitkan pada July 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini telah mengumumkan kerjasama dengan Aston Martin Racing Asia, sekaligus mengukuhkan jenama kedua-dua pihak di rantau ini.

Hasil kerjasama ini juga, Aston Martin bakal hadir dengan kereta edisi terhad bertemakan rekaan JDT. Kenderaan edisi terhad “JDT Edition” ini akan dijual, dan keuntungannya akan dikongsi antara JDT dan juga Aston Martin.

Kerjasama ini terus mengukuhkan lagi JDT, yang sedia menjadi juara Liga Super tujuh kali berturut-turut.

Dengan pengumuman ini, sama-sama kita nantikan rekaan “JDT Edition” tidak lama lagi.

(Gambar : JDT)

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami