Cari @ Amanz

Apabila ada mesej WhatsApp yang buat serabut kepala atau menjengkelkan seperti kumpulan WhatsApp keluarga dengan pakcik dan makcik yang suka kongsi berita palsu – penyelesaian mudah adalah mengarkib sembang tersebut. Tetapi, apabila ada mesej baharu tiba ia akan nyaharkib secara sendiri.

Terkini, ketua bahagian WhatsApp Will Cathcart mengumumkan yang ciri arkib telah diperbaharui. Tidak kira sembang kumpulan atau individu yang tekah diarkibkan, apabila mesej baharu tiba – ia akan kekal di ruangan arkib dan tidak akan memasuki di ruangan sembang utama.

Secara tidak langsung, sembang daripada individu atau kumpulan lebih penting akan menjadi fokus utama dan tidak terjatuh ke senarai paling bawah dengan serangan mesej-mesej yang mungkin bukan penting sekarang untuk kita lihat. Ruangan arkib ini boleh dibuka pada bila-bila masa, jika tergerak hati untuk mula melihat mesej apa yang telah dihantar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd