Cari @ Amanz

Twitter Menguji Notifikasi Yang Memberitahu Apabila Akaun Anda Digantung

Oleh Nazrin

Link Copied!

Kebelakangan ini, ia dapat dilihat bahawa Twitter semakin serius mengenai penguatkuasaan peraturan di platform tersebut.

Nampaknya oleh kerana jumlah akaun yang semakin banyak dikunci ataupun digantung sepenuhnya, Twitter sedang menguji sebuah ciri yang mana sebuah notifikasi akan dikeluarkan untuk memberitahu pengguna yang akaun mereka dikunci atau digantung.

Selepas ini, apabila mana-mana akaun digantung atau dikunci, mereka tidak perlu tertanya-tanya apabila mereka perasan bahawa mereka tidak boleh mengeluarkan ciapan, menciap-semula ciapan lain atau menyukai kandungan pada platform Twitter.


Komen ()