Kemelut Bekalan Cip Dijangka Memberi Kesan Kepada Jualan iPhone Dan iPad Akan Datang

Diterbitkan pada July 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah merekodkan jumlah jualan peranti iPhone sebanyak $35 bilion pada suku kedua tahun ini yang merupakan peningkatan jualan 50 peratus berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Lazimnya ini bermakna bahawa Apple akan memperlihatkan satu lagi tahun yang mana mereka akan menikmati jumlah jualan yang agak tinggi khususnya pada tahun ini apabila Apple dijangka akan memperkenalkan peranti iPhone, iPad dan MacBook baru yang dikatakan akan memperlihatkan sejumlah ciri-ciri dan teknologi baru.

Akan tetapi, Tim Cook, CEO Apple mengatakan bahawa pada tahun ini, Apple akan menghadapi masalah yang sama seperti syarikat-syarikat pembuat peranti yang lain, dimana Apple juga akan menghadapi kemelut bekalan cip semikonduktor yang akan sedikit sebanyak menjejaskan jualan peranti generasi akan datang mereka.

Perbezaannya di sini ialah menurut Tim Cook, kemelut cip ini bukanlah berkaitan dengan cip pemprosesan seperti Apple M1 ataupun A14 Bionic yang digunakan untuk menguasakan peranti MacBook dan iPhone terbaru. Apple akan dipaksa untuk bergaduh untuk bekalan cip pemandu yang mengawal output grafik dan audio, rangkaian internet dan sebagainya yang dibangunkan menggunakan proses yang lebih lama.

Malah, Apple dilaporkan sudahpun membuat pesanan untuk sekitar 100 juta cip pemprosesan A15 Bionic untuk siri peranti pintar iPhone 13 kelak yang akan dibangunkan oleh TSMC. Apple diketahui umum ialah pelanggan terbesar TSMC, dan ini bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan.

Apple mengatakan bahawa mereka telahpun menjangkakan pengurangan jumlah ini yang dianggarkan pada nilai $3-4 bilion, tetapi oleh kerana ini adalah dalam jangkaan mereka, Apple telahpun hadir dengan beberapa pelan untuk mengurangkan kesan daripada penurunan jualan ini.

Sumber: CNBC

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami