YouTube Shorts Kini Menjana Lebih 15 Bilion Tontonan Setiap Hari

Diterbitkan pada July 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

YouTube Shorts merupakan salah satu penawaran perkongsian video pada YouTube yang menawarkan pengalaman seumpama TikTok. Ia telah diperkenalkan dibeberapa buah negara, dan terbaru telah diperluaskan ke pasaran Malaysia.

Hari ini, ketika pengumuman kewangan, Google turut berkongsi mengatakan momentum disebalik YouTube Shorts adalah tinggi dan memperlihatkan tontonan lebih 15 bilion kali setiap hari.

Ini adalah peningkatan drastik, berbanding 6.5 bilion tontonan pada bulan Mac lepas.

Pada masa yang sama, Google turut berkongsi mengatakan YouTube menjana $7 bilion dari segi pendapatan pada suku kedua 2021 yang lepas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami