Cari @ Amanz

Antara fakta yang menyedihkan tentang tamadun manusia ialah banyak lagu tradisi mati ditelan zaman kerana tidak pernah ditulis. Makna muzik turun temurun juga hilang kerana jumlah pengguna bahasa tersebut yang menyusut. Global Music Vault ialah inisiatif yang ingin menyimpan khazanah muzik dunia yang mampu bertahan sehingga 1000 tahun di dalam kubu bawah tanah.

Kubu bawah tanah yang terletak di Svalbard, Norway berhampiran Kutub Utara ini akan menyimpan muzik dalam bentuk storan digital dalam ruang kering yang membolehkan ia bertahan lama. Kubu juga mempunyai pertahanan dari gelombang elektromagnet yang boleh memadam storan elektronik.

Bermula tahun ini, muzik sudah disimpan di Global Music Vault. Kesemuanya adalah muzik tradisional orang asal yang ingin disimpan untuk generasi akan datang. Kemudian sebuah undian muzik yang layak dianggap sebagai khazanah dunia akan diadakan untuk simpanan pada musim bunga 2022.

Bagi merealisasikan Global Music Vault, kerjasama dilakukan dengan International Music Council dan Artic World Archive yang sebelum ini menyimpan benih-benih tumbuhan dan lukisan khazanah dunia dalam kubu bawah tanah yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd