WeChat Berhenti Menerima Pendaftaran Pengguna Baharu Di China Buat Sementara Waktu

Diterbitkan pada July 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WeChat yang dimiliki oleh Tencent, kini menangguhkan sementara ciri pendaftaran pengguna baharu di China. Hal ini adalah disebabkan oleh kemaskini teknikal yang membolehkan mereka menyelarikan platform mengikut peraturan dan perundangan baharu di China.

WeChat

Melalui pengumuman yang dilakukan, pengguna baharu tidak boleh mendaftar di China melalui Weixin (nama WeChat di China) buat sementara waktu. Ia dijangka kembali beroperasi seperti biasa kembali menjelang awal Ogos.

Untuk makluman, China dilihat sedang melihat kepada sejumlah syarikat melibatkan proses storan data pengguna, selain sekuriti siber akhir-akhir ini.

Tencent menyasarkan penangguhan ini tidak memberikan sebarang kesan besar dalam masa terdekat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami