Cari @ Amanz

Realme GT Master Edition Melepasi SIRIM – Bakal Tiba Tidak Lama Lagi?

Link Copied!

Realme GT Master Edition telah dilancarkan di China, tempoh hari. Ianya menampilkan kemasan lebih eksklusif yang mendapat sentuhan pereka Jepun, Naoto Fukasawa seperti kebiasaan. Terkini, telefon pintar ini dilihat telahpun melepasi laman SIRIM, sekaligus menandakan pelancarannya semakin hampir.

Penyenaraian tersebut mendedahkan ia muncul dengan nombor model RMX3363 dan didaftarkan di bawah nama pemohon Jie Communication Sdn. Bhd. Telefon pintar berkenaan kemudiannya telah diluluskan pada 22 Julai 2021. Buat masa ini,masih tidak diketahui bilakah ia akan dipasarkan. Namun memandangkan ia telah melepasi SIRIM, maka tidak mustahil untuk kita melihat pelancarannya dalam masa terdekat ini.

Realme GT Master Edition dilengkapi skrin bersaiz 6.43-inci Super AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia turut dipadankan dengan cip Snapdragon 778G, memori 8GB RAM (dengan tambahan 5GB RAM), storan dalaman sehingga 256GB dan bateri berkapasiti 4,300mAh (port sambungan USB-C) yang menyokong pengecasan 65W.

Lain-lain spesifikasi adalah sistem tri-kamera dengan tetapan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ulra-lebar) + 2-Megapixel (Makro) dan kebolehan merakam video dengan tetapan maksimum 4K. Kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel, selain ia juga menyokong sistem operasi Realme UI 2.0 berasaskan Android 11.


Komen ()