Cari @ Amanz

Huawei Nova 8 SE telah dilancarkan sekitar penghujung November tahun lalu dengan dua variasi pemproses berbeza iaitu MediaTek Dimensity 800U dan Dimensity 720. Kali ini, Huawei Nova 8 SE Vitality Edition pula dilancarkan di China dengan cip Kirin 710A.

Huawei Nova 8 SE Vitality Edition dilengkapi skrin 6.6-inci LCD dengan resolusi FHD+ (1080 x 2400 piksel). Di samping cip Kirin 710A, ia juga dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB, dan bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas maksimum 40W. Turut melengkapinya, sokongan pengimbas cap jari pada skrin.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera utama 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Kamera swafoto pula adalah sebesar 16-megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm, Android 10 dengan antaramuka EMUI 10.1 dan banyak lagi. Di China, Huawei Nova 8 SE Vitality Edition dijual pada harga RMB1899 (~RM 1,234) sebuah.

Sumber : Huawei China

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd