Cari @ Amanz

Di aplikasi Google, apabila anda mencari sesuatu seperti haiwan dan sebagainya – akan ada hasil carian View in 3D. Ia adalah untuk melihat haiwan dan banyak lagi dalam bentuk realiti terimbuh. Semasa Google I/O, Google mengembangkan lagi hasil carian AR ini dengan menyertakan beberapa atlet terkenal Megan Rapinoe, Naomi Osaka dan Simone Biles.

Bersempena dengan Olimpik Tokyo 2020, Google kini telah menambah lagi lebih banyak atlet yang boleh anda lihat dalam bentuk realiti terimbuh. Berikut adalah senarai atlet yang anda boleh lihat dalam bentuk animasi 3D realiti terimbuh;

  • Alexander Massialas (USA – Lawan Pedang)
    • Sentuhan
    • Hentam
    • Tepis
  • Dina Asher-Smith (Britain – Lari)
    • Pecut
    • Pecut setempat
    • Lari gerak perlahan
    • “Try to race”
  • P.V. Sindhu (India – Badminton)
    • Jump smash
    • Rally
    • Badminton shots
  • Leticia Bufoni (Brazil – Papan Luncur)
    • 3Tendang-flip 360 darjah
    • Tanjakan-mini
    • Board slide
  • Niklas Kaul (Germany – Dekatlon)
    • Lompat galah 5-meter
    • Lembing
    • Lompat pagar
    • Lompat tinggi
    • Lontar peluru
    • Lempar cakera
    • Lompat jauh
  • Caeleb Dressel (USA – Berenang)
    • Bebas
    • Rama-rama
    • Renang

Ciri ini sudah boleh dicuba semua. Syarat utama adalah peranti Android dengan GMS dan juga menyokong Google ARCore.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd