Ketua Bahagian Produk Swapandu Huawei Dilucutkan Jawatan Selepas Mengeluarkan Kenyataan Menghina Tesla

Diterbitkan pada July 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei baru sahaja memasuki arena menghasilkan kenderaan elektrik pertama dengan melancarkan Seres SF5 pada April lalu. Mereka kini dilaporkan ingin menghasilkan kenderaan elektrik dengan sistem swapandu secara kendiri pula. Tetapi usaha ini akan terganggu selepas pengarah jabatan produk swapandu mereka, Su Jing telah dilucutkan jawatan.

Kereta Huawei Car

Beli dipecat selepas mengeluarkan kenyataan yang mendakwa sistem swapandu Tesla mengakibatkan banyak kemalangan sehingga mengakibatkan kematian. Kenyataan yang menghina Telsa ini dikeluarkan oleh beliau ketika acara World Artificial Intelligence Conference yang berlangsung pada awal bulan ini. Dengan Huawei masih lagi cuba bertapak dalam industri kenderaan swapandu, kenyataan yang diberikan ini boleh menyebabkan syarikat lain enggan bekerjasama dengan mereka.

Perlucutan jawatan beliau telahpun diluluskan sendiri oleh Ren Zhengfei, pengasas Huawei. Su Jing kini dipindahkan ke pasukan simpanan untuk latihan dan pengedaran Huawei.

Sumber ITNews

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami