China Mula Memerangi Paparan Pop-Naik Dalam Aplikasi

Diterbitkan pada July 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

China kini telah mula memerangi paparan pop-naik dalam aplikasi, sekaligus mengelak pengguna terganggu dengan paparan pop-naik dalam aplikasi yang membawa manusia ke aplikasi lain, atau memaparkan informasi yang tidak sepatutnya.

China dilaporkan telah mengarahkan sebanyak 14 perkhidmatan untuk membetulkan dan membuang paparan pop-naik dalam aplikasi masing-masing – termasuk Tencent.

China memberikan masa sehingga 3 Ogos untuk membetulkan perkara berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, pop-naik sering digunakan dalam bentuk pengiklanan, dan mempromosikan pengguna kepada aplikasi dan produk baharu. Ia sering mengambil paparan penuh dalam aplikasi, dan menganggu pengalaman penggunaan sesuatu aplikasi.

Selain daripada ini, China juga baru-baru ini telah mula mengawal kandungan yang boleh disertai remaja, selain beberapa perkara lain melibatkan arena siber.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami