Cari @ Amanz

Pengecas Nirwayar Magnetik – Realme MagDart Akan Dilancarkan Pada Minggu Hadapan

Link Copied!

Realme telah menjadualkan sebuah acara khusus dikenali sebagai Realme Magnetic Innovation Event pada minggu hadapan – iaitu 3 Ogos 2021. Menerusi perkongsian di Facebook sebentar tadi, Realme memaklumkan pengecas nirwayar magnetik untuk Android, MagDart bakal diumumkan secara rasmi pada acara berkenaan. Realme mendakwa, ia bakal membawakan pengalaman pengecasan nirwayar ke dalam era baru.

Bersama-sama dengannya, Realme Flash yang merupakan peranti Android pertama menyokong pengecasan nirwayar bermagnet juga turut membuat kemunculan rasminya. Realme Magnetic Innovation Event bakal diadakan secara atas talian menerusi beberapa platform seperti YouTube, Twitter, Facebook.  Memandangkan pihak Realme Malaysia turut sama mengacah mengenai perkara ini, maka kita mungkin boleh menjangkakan pelancarannya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Menurut spekulasi awal, MagDart dipercayai hadir dalam dua varian berbeza – iaitu pad nipis seumpama MagSafe Apple dan rekaan berkotak berbentuk empat segi bersama sistem penyejukan terbina. Kemudian, Realme Flash pula adalah sebuah peranti mercu yang dilengkapi cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB dan menggunakan Android 11.


Komen ()