TSMC Menerima Kebenaran Untuk Kilang Cip 2nm

Diterbitkan pada July 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TSMC atau nama panjangnya, Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. kini telah menerima kebenaran akhir daripada pihak berkuasa untuk pembangunan kilang cip berkuasa tinggi, yang boleh mengeluarkan cip 2-nanometer.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan TSMC memulakan pembangunan fasiliti berkaitan seawal 2022, dan memasang pelbagai peralatan menjelang tahun 2023 kelak.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan TSMC mengeluarkan cip 2nm dengan meluas dalam masa beberapa tahun lagi.

Kilang 2nm ini dijangka akan menggunakan sekitar 98,000 tan air setiap hari – memperlihatkan pengurangan 50% berbanding penggunaan air harian mereka pada 2020 kelak. Bergerak kehadapan, TSMC turut menyasarkan untuk mengurangkan penggunaan air, dan menggunakan 10% air yang dikitar semula menjelang 2025 kelak.

Selain TSMC, kini beberapa pihak turut melihat kepada pengeluaran cip secara lebih meluas – termasuk Intel yang telah menyatakan bakal melakukan pengeluaran untuk Qualcomm tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami